Tuesday 12 July 2011

Telekung INS

Assalamualaikum w.b.t

Pengenalan

  Salwati Md Isa menjalankan bisnes menjual telekung jahitan sendiri iaitu Telekung INS.
Berlokasi di Jitra, Kedah, INS collection diusahakan sepenuhnya oleh Salwati Md Isa sendiri bersama suami.
Telekung INS 100% buatan sendiri dijahit dengan kemas, terperinci, dan teliti dengan mengambil kira aspek penjagaan aurat dalam ibadah dan kualiti kain yang tinggi. Telekung INS telah mendapat sambutan yang baik dari pengguna-pengguna di negeri Kedah, Pahang, Pulau Pinang, Selangor, Johor dll.
Telekung INS juga ternyata sesuai digunakan oleh para wanita yang menunanaikan haji dan umrah di mana telah mendapat banyak tempahan dari pihak pengurusan haji dan umrah berikutan kaedah pemakaiannya yang mudah dan cepat. tidak memerlukan pamakaian anak kepala (serkup). Pemakaian yang selesa dimana rambut tidak mudah terkeluar ketika beribadah.

Keistimewaan Telekung INS
  • Memenuhi kriteria pengguna kanak-kanak, remaja,  dewasa serta warga emas.
  • Selesa dipakai, tidak menyebabkan rasa panas dan selesa terutamanya di bahagian muka yang kemas dan tidak terlalu ketat. ( muka getah )
  • Kain jersey yang berkualiti, tidak jarang, tidak panas dan tidak berbulu walaupun dicuci banyak kali. Juga boleh ditempah dari kain jenis cotton.
  • Terdapat lapisan dalam telekung paras dada bagi mengelakkan terdedah aurat iaitu warna kulit bahagian leher.
  • Tidak perlu lagi memakai serkup kepala apabila mengenakan Telekung INS.
  • Telekung INS boleh didapati dalam banyak pilihan warna dan sulaman.
  • Telekung INS juga boleh didapati dalam saiz kanak-kanak lingkungan umur 3 tahun ke 8 tahun bergantung kepada saiz tubuh badan.
  • Koleksi anak telekung disediakan untuk dipakai di bahagian dalam. Selalunya dipakai oleh para jemaah haji dan umrah. ( mini telekung )
  • Kain pakai yang labuh turut disediakan dengan jahitan getah yang kemas dipinggang.
  • Telekung INS dengan renda menarik dan tidak sarat.( renda yang kemas dan tidak mudah rosak apabila dibasuh )
  • Ukuran sendiri juga boleh disediakan di INS collection untuk keselesaan pengguna.
  • Tempahan telekung sahaja tanpa kain pakai juga diterima.
  • Sesuai dijadikan sebagai hadiah.
Telekung Sulam INS

Telekung sulam INS turut disediakan. Warna sulaman dan corak bunga bergantung kepada pilihan pembeli.
Telekung sulam dijangka mengambil masa lebih kurang 3 minggu sebelum siap dipos bergantung kepada keadaan. Rundingan boleh dibuat dengan Salwati.

Saiz dan Harga
 Stok sentiasa ada, InsyaAllah.

Telekung INS saiz kanak-kanak
Harga RM 40.00++ untuk standard saiz (tidak termasuk kos penghantaran)
Labuh Telekung : 33 inci
Labuh Kain : 37 inci

Telekung INS saiz dewasa ( kain jersey )
Harga RM 75 = puteh ( termasuk kos penghantaran )
Harga RM 85 = renda warna ( termasuk kos penghantaran )
+ RM10 untuk renda di bawah kain ( seperti gambar di bawah )
Labuh Telekung : 45 inci
Labuh Kain : 55 inci

Telekung INS saiz dewasa ( kain cotton )

Harga RM 95 ( termasuk kos penghantaran )
Harga RM 105 = renda warna ( termasuk kos penghantaran )
+ RM10 untuk renda di bawah kain ( seperti gambar di bawah )
Labuh Telekung : 45 inci
Labuh Kain : 55 inci


Telekung INS sulam saiz dewasa
Harga RM 130.00++ ( tidak termasuk kos penghantaran )
Labuh Telekung : 45 inci
Labuh Kain : 55 inci

Mini Telekung INS
Harga RM 20.00 (tidak termasuk kos penghantaran)
Labuh : 25 inci

* untuk tempahan renda warna adalah bergantung kepada stok pembekal


Koleksi Telekung

 

Telekung INS saiz remaja dan dewasa yang sudah diap dijahit
Gambar muka Telekung INS yang digayakan oleh  Salwati sendiri




Bahagian muka yang dijahit getah. Kemas dan selesa









telekung kanak- kanak



selesa dipakai dan menutup aurat dengan sempurna









Telekung INS kain jersey saiz dewasa yang telah siap dijahit dengan renda oren




Telekung INS kain cotton saiz dewasa siap dijahit dengan renda merah jambu



Telekung INS kain jersey siap dijahit dengan renda dua tona warna ungu

 
Gambar bahagian atas Telekung INS




Kain siap dijahit dengan renda dua tona warna ungu ( permintaan )

Kain siap dijahit dengan renda dua tona warna hitam ( permintaan )





 Kain siap dijahit dengan renda dua tona warna gold ( permintaan )



 



Telekung INS saiz dewasa kain cotton dengan renda dan sulaman biru




Sulaman Telekung INS









Telekung INS saiz dewasa kain cotton dengan renda dan sulaman pink
Telekung INS saiz dewasa kain cotton dengan renda dan sulaman hijau muda



Telekung INS yang dipakai ketika menunaikan ibadah haji.

 Telekung INS yang sudah siap di bungkus dan sedia untuk dihantar kapada pelanggan













Berminat 
Bagi yang berminat boleh berhubung terus dengan kami melalui telefon untuk membuat tempahan. 
Telekung akan dipos ke alamat anda secepat mungkin secara pos laju. 
Bayaran boleh dibuat secara bank-in ke dalam akaun Salwati Md Isa. Nombor akaun akan dinyatakan setelah panggilan dibuat.
Anda diminta memilih jenis telekung yang ingin ditempah, warna renda, bersama sulaman @ tanpa sulaman, jenis kain, saiz dan kuantiti.
Salwati sedia berunding mesra di talian untuk yang berminat mencuba Telekung INS.


Untuk tempahan
Sila hubungi Salwati Md Isa, pengusaha INS collection di talian 
Salwati Md Isa 017-4491325 / 018-5770725
Iznan bt Kasim 012-5770720


Sebarang komen boleh ditinggalkan diruangan bawah. Sila lah cuba Telekung INS, InsyaAllah anda akan berpuas hati.
Salam.


Selamat menyambut bulan ramadhan dan sedikit ilmu untuk dikongsi. Selamat beribadah.
Tuluskan tauhid mu utk Rabb agar hati terbuka. Sejernih mana tauhid mu dan sebersih mana keikhlasan kamu, maka sejernih dan sebersih itu pulalah kebahagiaan mu.

Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda:

إِنَّ الْخُشُوعَ فِى الصَّلاَةِ أَنْ لاَيَعْرِفَ الْمُصَلِّى مَنْ عَلَى يَمِينِهِ وَشِمَالِه

"Sesungguhnya orang yg khusyu' dlm sholatnya, ialah orang yg tdk mengetahui siapa yg sholat disebelah kanan dan kirinya.">: Ibnu Abbas

لاَ يَقْبَلُ اللهُ مِنْ عَبْدٍ عَمَلاً حَتٰى يُحْضِر َقَلْبَهُ مَعَ بَدَنِهِ

"Allah tdk menerima amal seorang hamba, sehingga ia hadirkan hatinya bersama tubuhnya.">: Dari Utsman bin Abi Dahrisy.

أَسْــوَأُ الــنَّاسِ سَــرِقَةً الَّــذِىْ يَــسْرِقُ مِـنْ صَــلاَتِــهِ

"Pencuri yg paling buruk adalah orang yg mencuri dlm sholat?">: Ahmad dan Thabrani.

Kata Al-Imam Ali bin Abu Talib:
لاَ خَيْرَ فِى صَلاَةِ لاَ خُشُوْعَ فِيْهَا، وَلاَ خَيْرَ فِى صَوْمٍ

لاَ امْتِنَاعَ فِيْهِ عَنِ الَّلغْوِ، وَلاَ خَيْرَ فِى قِرَاءَةٍ لاَ تَدَبُّرَ

فِيْهَا، وَلاَ خَيْرَ فِى عِلْمِ لاَ وَرَعَ فِيْهِ، وَلاَ خَيْرَ فِى

مَالٍ لاَ سَخَاوَةَ فِيْهِ، وَلاَ خَيْرَ فِى أُخُوَّةٍ لاَ حِفْظَ فِيْهَا، وَلاَ

خَيْرَ فِى نِعْمَةٍ لا بَقَاءَ لَهَا، وَلاَ خَيْرَ فِى دُعَاءٍ لاَ إِخْلاَصَ فِيْهِ

"Tdk ada kebaikan didlm sholat tanpa disertai perasaan khusyu didlmnya; tdk ada kebaikan didlm puasa yg tdk mencegah dari perbuatan sia2, tdk ada kebaikan didlm bacaan Al-Quran yg tdk dibarengi perenungan; tdk ada kebaikan didlm ilmu yg tdk ada sifat ke-wara-an; tdk ada kebaikan didlm harta yg tdk ada kedermawanan; tdk ada kebaikan didlm persaudaran yg tdk ada penjagaan; tdk ada kebaikan didlm suatu kenikmatan yg tdk ada kekekalan dan tdk ada kebaikan dlm doa yg tdk dibarengi dgn keikhlasan".